TART TELUR
Pastri
Bahan-bahan
120g - Mentega
50g - Gula Ising
1biji - Telur
240g - Tepung Gandum
1/2tsp - Ising Vanilla
Cara-caranya
Campurkan semua bahan-bahan dan gaulkan sehingga berderai dan menjadi tekstur berupa serbuk roti.
Ambilkan sedikit adunan pastri dan tekankan sehingga padat dalam acuan mengikut bentuknya.Cucuk adunan dengan garfu dan bakar separuh masak selama 5 minit pada suhu 180'c.
Kastard
Bahan-bahan
1/4 cawan - Whipping Cream
1/4 cawan - Air
1/4 cawan - Gula Pasir
2 cmt - Susu Tepung
3 biji Kuning Telur
Sedikit Ising Vanilla
Sedikit Pewarna Kuning
Cara-caranya
Susu tepung dicampurkan dengan air dan dikacau sehingga larut. Jika perlu,gunakan air suam untuk memudahkan susu larut.
Campurkan semua bahan-bahan dalam satu mangkuk. Kacau perlahan-lahan sehingga semuanya sebati dan tidak berketul.
Tuangkan kedalam pastri yang separuh masak tadi kira-kira 3/4 penuh. Bakar pada suhu 180'c selama 15-20 minit.
No comments:
Post a Comment