February 16, 2012

Resepi Krim Karamel

Assalamualaikum wbt...

Kat sini mummylya nak share sket resepi krim karamel ..yelah kan, 1st time buat krim karamel...sebelum asyik duk beli dan makan yang orang lain buat..Sebab nya, ni puding kegemaran mummylya..klu bulan puasa, selalu suruh hubby beli kat pasar ramadan..So, kali ni mummylya try la buat sendiri...Kira2 nye, dapat gak pujian dari Hubby..Sedap katanya...hehhee..terima kasih SayangKu....

Krim Karamel

Bahan-bahannya
Untuk Puding

1 tin    -    Susu Cair ( mummylya guna susu Ideal )
7 biji    -    Telur
3 sudu besar    -    Gula (klu nak manis, boleh tambah lagi )
1camca kecil    -    Esen Vanilla
1 sudu besar    -    Tepung Jagung

Untuk Gula Hangus

3 cawan    -    Gula
Sedikit Air

Cara-caranya
Untuk Gula Hangus

Panaskan gula  dan masukkan sedikit air. Kacau hingga gula keperang-perangan. Angkat dan masukkan kedalam bekas dan ketepikan.

Untuk Puding

Masukkan semua bahan-bahan puding dan pukul sampai sebati. Selepas tu, tuangkan adunan tadi kedalam bekas yang berisi gula hangus. Kemudian kukus selama 20 minit..

Senang kan...Selamat Mencuba..

No comments: